Friday, March 16, 2018

Assalamualaikum..salam Jumaat yang penuh Barakah nya.
Lama betul TERATAK MUSLIMAH ni menyepi kan.

Sya kenalkan diri sebagai CekYanie.
Pemilik Shuzairiani Collections dan Blog Teratak Muslimah ni.

SHUZAIRIANI COLLECTIONS ni mengeluarkan Telekung Solat bagi Muslimah diluar sana  yang inginkan keselesaan, tampil dengan tenang dan yakin untuk bertemu dengan Maha Pencipta. Turut menyediakan Telekung sedondon buat si Ibu dan Anak untuk tampil sedondon dalam sarungan Telekung Solat.

InsyaAllah kami menjanjikan jahitan yang Cantik, Keas dan Selesa.

Ok, rasanya setakat ini dlu la noh pengenalan bagi Shuzairiani Collections.
Terima Kasih kerana sudi singgah di Teratak Muslimah.

Tuesday, September 21, 2010

"kadang2 kita lalai....mudah goyah keimanan dek dugaan yg Dia beri kan...
namun...kita harus redha dan sedar...muhasabah diri....sesungguh hanya Dia yg Maha Megetahui apa yg Dia berikan.....dan pastinya itu adalah yg terbaik buat hambaNya..."

Wednesday, February 24, 2010

kata2 mutiara hati buat muslimah.....

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan
nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu
terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan
untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian
berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling
hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu
apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang
mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai
balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu
jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan
kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda
tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan
rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda
dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan,
pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan
yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang
cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa
ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain
juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja
yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka,
mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka
yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup
mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang
telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna
sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda
tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti,
andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan
menangis.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita
mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang
yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih
mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian
orang lain.

rujukan:
http://www.tipswanita.com

Saturday, November 14, 2009

nukilan hati ku buat kaumku..muslimah..


sahabat muslimahku...
jadilah wanita yg solehah..
sesungguhnya ada keindahan menanti kita di akhirat kelak..
wahai anak2..jadi lah anak yg solehah..kepada ibu bapa mu..
wahai para isteri..jadilah isteri yang solehah kepada suami mu..
wahai adik..kakak..jadi lah insan yang muslimah..
walau dimana kita berada..
setiap kebaikan yang dilakukan nescaya akan dibalas dengan kebaikan..
aduhai sahabat muslimahku..
marilah kita membina diri kita..agar menjadi..
wanita yang solehah..
muslimah yang sejati.....
nukilan hatiku..yanie86.

Sunday, June 21, 2009

"Menyingkap Tabir Pernikahan....suami...isteri..."

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.Isteri adalah murid kamu mursyidnya.Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w. Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!

Untuk isteri....

renungkanlah. ....Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.Tidaklah setaqwa Ibrahim.Pun tidak setabah AyyubAtau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.

Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!